Saturday, 24 March 2018
TRADISI KEJIRANAN DI PERANCIS
Baiklah sekarang saya akan mengupas pula mengenai tradisi kejiranan yang terdapat di Perancis.
Di negara Perancis, masyarakat perancis akan menjemput jiran baru di kawasan kejiranan rumah mereka ke blok atau bangunan rumah mereka untuk majlis yang di kenali sebagai “l’apéritif,” atau “l’apéro”
untuk meluangkan masa sebentar untuk snek lewat petang. Mereka kebiasaanynya akan menghidangkan keju dan sosej yang di buat segar yang di garamkan dan kemudian di kering selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan mengikut jenis sosej tersebut. Sosej tersebut di kenali sebagai charcuterie.
Di kawasan luar bandar pula, penduduk lama di kawasan perumahan di itali, akan menjemput jiran-jiran baru di kawasan perumahan mereka untuk mengadakan aktiviti barbeku bersama-sama. Pada tahun 1999 buat julung-julung kalinya diadakan " La Fete Des Voisin" iaitu sambutan hari kejiranan. Sambutan ini adalah salah satu usaha unuk memperkuatkan hubungan orang tempatan, mewujudkan rasa sayang terhadap kawasan tempat tinggal masing-masing,mewujudkan perpaduan antara sesama jiran dan untuk mengelakkan dari pengasingan dan pengecualian sesama jiran tetangga.
Sambutan ini diadakan pada setiap musim bunga. Mereka kebiasaannya, akan berkumpul di perkarangan rumah mereka dan duduk bersama. sambutan hari kejiranan ini didedikasikan untuk jiran-jiran bertemu sesama sendiri dan untuk meraikan saat-saat mereka meluangkan masa bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment