Di Malaysia,pada kebiasaannya keluarga yang berpindah ke rumah baru akan mengadakan suatu majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat secara kecil-kecilan. Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat ini kebiasaannya diadakan oleh orang islam yang baru berpindah ke rumah baru mereka. Namun,bagi orang yang bukan islam mereka akan mengadakan jamuan makan secara kecil kecilan
di rumah mereka.
Kebiasaanya di majlis kesyukuran ini, para tetamu akan dihidangkan dengan hidangan masakan melayu. Diantaranya nasi berlauk, kuih muih seperti kuih seri muka,karipap dan sebagainya.
di rumah mereka.
Kebiasaanya di majlis kesyukuran ini, para tetamu akan dihidangkan dengan hidangan masakan melayu. Diantaranya nasi berlauk, kuih muih seperti kuih seri muka,karipap dan sebagainya.
Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat ini diadakan di rumah masing. Majlis ini diadakan kerana untuk mewujudkan rasa syukur kepada tuhan atas segala nikmat yang telah di berikan di samping untuk mendoakan agar rumah baru yang mereka duduki ini akan berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera serta rumah dan keluarga mereka akan dirahmati Allah.
Majlis kesyukuran dan doa selamat akan di hadiri oleh jiran- jiran tetangga yang berdekatan dan ahli keluarga terdekat. Majlis ini dapat memberikan peluang kepada tuan rumah serta ahli keluarganya meemperkenalkan diri mereka serta berkenalan dengan jiran-jiran yang lain. Hal ini dapat mengeratkan ukhwah sesama jiran.

No comments:
Post a Comment