Saturday, 24 March 2018

TRADISI KEJIRANAN DI JEPUN




    Apabila anda baru berpindah ke Jepun, usahlah berasa pelik atau hairan jika tiada sesiapa yang  akan menyambut kedatangan anda. Di Jepun, tiada orang atau ahli jawatankuasa yang akan menyambut kedatangan anda ,mungkin kerana faktor kesibukan dan waktu bekerja mereka jadi, teruskan sahaja aktiviti anda seperti biasa.


   Jika anda baru sahaja berpindah ke Jepun, anda perlulah memberi hadiah(hadiah kecil) kepada jiran-jiran berdekatan dengan kawasan rumah anda. Hadiah yang anda berikan tidak perlulah berlebih-lebihan seperti hadiah yang terlalu mahal harganya sehingga menyebabkan anda pokai. Hal ini kerana, apabila anda menghadiahkan hadiah yang terlalu mahal akan menyebabkan jiran-jiran anda berasa terhutang budi. Perkara ini mungkin akan menyebabkan jiran-jiran anda berasa segan dengan diri anda.


    Anda dicadangkan memberi mereka tuala dapur,setin biskut kecil atau hadiah kecil yang berbalut. Hadiah-hadiah tersebut boleh didapati di kebanyakkan kedai-kedai serbeneka yang berhampiran dengan rumah anda. Usahlah berasa risau atau malu jika hadiah pemberian anda itu kecil kerana bagi mereka, hadiah tersebut hanyalah sebagai hadiah perkenalan yang penting keikhlasan hati kita untuk cuba berkenalan dengan mereka.


    Dengan adanya tradisi seperti ini, dapat memberi peluang kepada diri anda serta jiran-jiran anda untuk memperkenalkan diri masing-masing. Secara tidak langsung dapat membina hubungan baik sesama jiran dan seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni di kawasan perumahan anda.
  

No comments:

Post a Comment