Saturday, 24 March 2018

PENDAHULUAN

    Jiran merupakan seseorang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di sebelah kiri,kanan,depan malahan di belakang rumah kita. Hubungan baik dengan jiran kita adalah sangat penting kerana merekalah yang akan membantu kita jika kita berada dalam kesusahan dan memerhatikan rumah kita ketika ketiadaan penghuni di rumah kita. Jadi, wajarlah kita terutamanya orang islam membina ukhwah yang baik sesama jiran. Kita hendaklah sentiasa bermanis muka dan menjaga hati jiran-jiran kita agar tidak berlaku perselisihan faham atau perasaan dendam sesama sendiri. 

    Diantara langkah konkrit dan pragmatik yang boleh dilakukan untuk kita memupuk ukhwah sesama jian adalah dengan melakukan aktiviti gotong royong,menjemput jiran tetangga ke kenduri atau majlis  rumah terbuka  yang kita adakan serta melakukan aktiviti rewang bersama-sama. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kita untuk mengenali jiran-jiran kita dengan lebih mendalam serta secara tidak langsung boleh memupuk hubungan yang baik dengan mereka.





TRADISI KEJIRANAN DI MALAYSIA




   Di Malaysia,pada kebiasaannya keluarga yang  berpindah ke rumah baru akan mengadakan suatu majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat secara kecil-kecilan. Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat ini kebiasaannya diadakan oleh orang islam yang baru berpindah ke rumah baru mereka. Namun,bagi orang yang bukan islam mereka akan mengadakan jamuan makan secara kecil kecilan
di rumah mereka.
 
   Kebiasaanya di majlis kesyukuran ini, para tetamu akan dihidangkan dengan hidangan masakan melayu. Diantaranya nasi berlauk, kuih muih seperti kuih seri muka,karipap dan sebagainya.
 

   Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat ini diadakan di rumah masing. Majlis ini diadakan kerana untuk mewujudkan rasa syukur kepada tuhan atas segala nikmat yang telah di berikan di samping untuk mendoakan agar rumah baru yang mereka duduki ini akan berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera serta rumah dan keluarga mereka akan dirahmati Allah.


    Majlis kesyukuran dan doa selamat akan di hadiri oleh jiran- jiran tetangga yang berdekatan dan ahli keluarga terdekat. Majlis ini dapat memberikan peluang kepada tuan rumah serta ahli keluarganya meemperkenalkan diri mereka serta berkenalan dengan jiran-jiran yang lain. Hal ini dapat mengeratkan ukhwah sesama jiran.
  

TRADISI KEJIRANAN DI JEPUN




    Apabila anda baru berpindah ke Jepun, usahlah berasa pelik atau hairan jika tiada sesiapa yang  akan menyambut kedatangan anda. Di Jepun, tiada orang atau ahli jawatankuasa yang akan menyambut kedatangan anda ,mungkin kerana faktor kesibukan dan waktu bekerja mereka jadi, teruskan sahaja aktiviti anda seperti biasa.


   Jika anda baru sahaja berpindah ke Jepun, anda perlulah memberi hadiah(hadiah kecil) kepada jiran-jiran berdekatan dengan kawasan rumah anda. Hadiah yang anda berikan tidak perlulah berlebih-lebihan seperti hadiah yang terlalu mahal harganya sehingga menyebabkan anda pokai. Hal ini kerana, apabila anda menghadiahkan hadiah yang terlalu mahal akan menyebabkan jiran-jiran anda berasa terhutang budi. Perkara ini mungkin akan menyebabkan jiran-jiran anda berasa segan dengan diri anda.


    Anda dicadangkan memberi mereka tuala dapur,setin biskut kecil atau hadiah kecil yang berbalut. Hadiah-hadiah tersebut boleh didapati di kebanyakkan kedai-kedai serbeneka yang berhampiran dengan rumah anda. Usahlah berasa risau atau malu jika hadiah pemberian anda itu kecil kerana bagi mereka, hadiah tersebut hanyalah sebagai hadiah perkenalan yang penting keikhlasan hati kita untuk cuba berkenalan dengan mereka.


    Dengan adanya tradisi seperti ini, dapat memberi peluang kepada diri anda serta jiran-jiran anda untuk memperkenalkan diri masing-masing. Secara tidak langsung dapat membina hubungan baik sesama jiran dan seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni di kawasan perumahan anda.
  

TRADISI KEJIRANAN DI ITALI




    Di negara Itali, jiran yang baru berpindah ke mana-mana kawasan perumahan di sana,akan di hadiahkan penyapu oleh penduduk yang sudah lama menetap di kawasan perumahan tersebut. Mengikut kepercayaan mereka,hal ini bertujuan untuk menyapu semangat lama rumah terebut dan untuk memberikan ruang kepada semangat baru kepada rumah tersebut . Selain daripada itu juga, bertujuan untuk menghapuskan roh-roh jahat yang masih tersisa di rumah tersebut. Hmmm...menarik bukan kepercayaan mereka?


    Selain itu juga, bagi pasangan muda yang baru berpindah ke rumah baru mereka,jiran-jiran berdekatan akan menawarkan mereka beras mentah bertujuan untuk "menyuburkan" berkat kepada rumah baru mereka,lilin supaya mereka sentiasa mempunyai cahaya serta minyak zaitun untuk menjadi simbolik supaya mereka menjaga satu sama lain.

TRADISI KEJIRANAN DI PERANCIS



   Baiklah sekarang saya akan mengupas pula mengenai tradisi kejiranan yang terdapat di Perancis.
Di negara  Perancis, masyarakat perancis akan menjemput jiran baru di kawasan kejiranan rumah mereka ke blok atau bangunan rumah mereka untuk majlis yang di kenali sebagai “l’apéritif,” atau “l’apéro” 
untuk meluangkan masa sebentar  untuk snek lewat petang. Mereka kebiasaanynya akan menghidangkan keju dan sosej yang di buat segar yang di garamkan dan kemudian di kering selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan mengikut jenis sosej tersebut. Sosej tersebut di kenali sebagai charcuterie.


    Di kawasan luar bandar pula, penduduk lama di kawasan perumahan di itali, akan menjemput jiran-jiran baru di kawasan perumahan mereka untuk mengadakan aktiviti barbeku bersama-sama. Pada tahun 1999 buat julung-julung kalinya diadakan " La Fete Des Voisin" iaitu sambutan hari kejiranan. Sambutan ini adalah salah satu usaha unuk memperkuatkan hubungan orang tempatan, mewujudkan rasa sayang terhadap kawasan tempat tinggal masing-masing,mewujudkan perpaduan antara sesama jiran dan untuk mengelakkan dari pengasingan dan pengecualian sesama jiran tetangga.



   Sambutan ini diadakan pada setiap musim bunga. Mereka kebiasaannya, akan berkumpul di perkarangan rumah mereka dan duduk bersama. sambutan hari kejiranan ini didedikasikan untuk jiran-jiran bertemu sesama sendiri dan untuk meraikan saat-saat mereka meluangkan masa bersama.

   

RUMUSAN

     Rumusan membincangkan tentang budaya kejiranan dalam masyarakat.


     Antara tradisi kejiranan yang terdapat dalam masyarakat adalah, di Malaysia masyarakat islam yang baru berpindah ke rumah baru akan mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat. Seterusnya, masyarakat bukan islam akan mengadakan jamuan makan kecil-kecilan di rumah mereka. Selain itu, masyarakat yang baru berpindah ke Jepun akan memberi hadiah kepada jiran-jiran mereka. Selain daripada itu, masyarakat yang baru berpindah ke Itali  akan dihadiahkan penyapu oleh jiran mereka. Selanjutnya, masyarakat yang baru berpindah ke Perancis akan di jemput oleh jiran mereka ke rumah untuk menghadiri jamuan makan. Tambahan, masyarakat luar bandar di Itali akan menjemput jiran-jiran baru ke rumah mereka untuk aktiviti barbeku.


     Antara kesan-kesan tradisi-tradisi ini ialah ,masyarakat dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. Selain itu, masyarakat dapat mewujudkan suasana yang harmoni di kawasan kejiranan mereka.


      Kesimpulannya, masyarakat wajarlah meneruskan tradisi-tradisi seperti ini agar negara sentiasa aman dan harmoni.



sumber rujukan :

www.huffingtonpost.com\2015\08\11\international-housewarming-traditions_n_7785360.html